PERTANDINGAN FOTOGRAFI 2010



**klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas

JOM JOM JOM !!!!

Kepada semua jurufoto profesional dan juga amatur, mulai 30 Julai sehingga 1 Ogos, 2010, Bukit Merah Laketown Resort akan menganjurkan satu pertandingan fotografi yang bertemakan BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT. Ini bermakna, anda bebas untuk mengambil gambar dengan cara dan kreativiti anda sendiri. Namun, gambar yang anda ambil nanti mesti lah dalam tempoh 3 hari pertandingan ini dijalankan dan di sekitar Bukit Merah Laketown Resort sahaja.

Dengan hanya pembayaran yuran penyertaan sebanyak RM60 sahaja, anda akan diberikan tiket (wristband) untuk masuk ke Waterpark, Ecopark, Chairlift dan ke Pulau Orang Utan. Tiket ini sah selama 3 hari. Ini adalah untuk memberikan anda peluang untuk mengambil gambar dari pelbagai sudut.

**************************************************
Berita baik untuk semua yang telah mendaftar!!!!!

Setelah mendaftar, anda secara automatik layak untuk m
enyertai satu lagi kategori tambahan iaitu Kategori Khas BMLR. Untuk kategori ini, semua peserta layakuntuk menghantar sekeping gambar yang bertemakan FLORA dan FAUNA. Bagi kategori khas ini, peserta hanya perlu menghantar gambar bersaiz 8R (8 x 12) dan CD sahaja dan perlu dilekatkan pada mounting board. Hadiah menarik menanti semua peserta.

****************************************************

KATEGORI UTAMA

Tema: Bukit Merah Laketown Resort


KATEGORI KHAS BMLR

Tema: Flora dan Fauna

***********************************************************

Yuran Penyertaan:
>RM60.00
termasuk:

- Tiket Masuk ke Waterpark, Ecopark, Chairlift dan Pulau Orang Utan (sah digunakan untuk 3 hari pertandingan berlangsung)

- T SHIRT LIMITED EDITION (utk 200 penyertaan awal shj)

- Sijil Penyertaan

- menikmati tawaran-tawaran istimewa BMLR

- menambah kenalan dengan jurufoto seluruh Malaysia

Jangan tunggu lagi !!! Hanya 200 penyertaan awal akan menerima T-Shirt!!!

Pelbagai tawaran lain juga menanti peserta. Jom sertai Pertandingan Fotografi ini sambil bercuti bersama keluarga...



dengan kerjasama